Saturday, 13 August 2011

Kadang kala hidup ni tak selalu happy sepanjang masa.. ada masanya kita akan berhadapan situasi yang tidak kita gemari yang menyebabkan tekanan pada diri kita dan akhirnya kita akan mengalami kemurungan.
Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Jenis-jenis kemurungan

Reaktif
  • paling biasa terjadi
  • disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous
  • tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
  • faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)
  • penyakit kemurungan dan mania
*Kemurungan aku mungkin dari jenis Reaktif atau mungkin Endogenous? Aku tak pasti…

Simptom-simptom kemurungan

  1. kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
*Apa yang terjadi kepadaku..

Mengapa seseorang mengalami kemurungan

  1. kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
*Apa yang terjadi kepadaku..

11 tips mencegah kemurungan

  1. belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. rancang tugas agar teratur
  4. jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
  7. setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.

(Aku Cari ini selepas Mak tegur aku, kenapa makan xde slera, senyap, mcm orang dlm kemurungan, lepas baca je, aku trus TAUBAT... Ubah lar... 
So, Jadi kan lar diri kita lebih Positif)

Thursday, 28 July 2011

siapa diriku di sisimu?



Jangan sedih ye..kerana kesedihan korang sume, menambah lagi kesedihan aku ni...

Wednesday, 23 March 2011

kerja swasta

bekerja di sektor swasta dan sektor kerajaan amatlah berbeze budaya nya. Pelbagai bende & perkara kita boleh bezakan..dari segi gaji, persekitaran, kuantiti kerja dan mcm2 lg...
Tidak dinafikan, disektor kerajaan banyak kelebihan berbanding di sektor swasta..tp percaya x ?? kecekapan pekerja swasta di tahap yang tinggi berbanding dengan pekerja di kerajaan...
kita boleh tgk bila kita berurusan dengan pihak kerajaan... pe yg terjadi.. proses lambat, pelbagai masalah yang berlaku..ini berlaku di opis aku...Passport untuk foreign worker masih x dpt lg, padehal lg 3 hari that worker tu dah nak balik....
x ke kelam kabut kita dibuat nye...so x yah lar aku nk terangkan lg ek bahagian pe yg uruskan passport ni..faham2 sudah lar ye..
dah bermcm mcm lg...
cuba kita pikir, ble seseorang tu bertukar dari sektor swasta ke kerajaan, mesti boring kan.. ye lar, sektor kerajaan ni byk mase lapang...ngular leh lbih2.. uppppsss terlebih sudah.. hahahaha
orang yg slalu bzy dengan kerja, tibe2 xde keje..mesti lar boring...klu aku kan,  rase cm mkn gaji buta lak...
n cuba pikirkan bila sebalik nya iaitu seseorang tu dari sektor kerajaan ke swasta, mesti lintang pukang di buat nye...hahahahahahahhaa


anyway, ini saje2 je...nk share smthing ngan korang... hahahaha

Tuesday, 22 March 2011

Bekerja sambil belajar...

Sekarang ramai yang bekerja sambil belajar...tidak kira umur lar..ada yang sudah dikatakan berumur pun masih belajar...
Kdg2 terpkir kenapa masa muda2 dulu x nk blaja ek...adakah disebabkan masalah kewangan, kekeluargaan, mse muda x pkir nk blaja, nk enjoy ngan kwn..nk dpt kan duit byk2..dn brmcm2 alasan yang bleh kita buat..
tetapi setiap orang ada alasan mereka sendiri kan...

Bagi yang masih bujang, itu tidak jd masalah bg mereka..kerana pembelanjaan mereka tidak terlalu byk daripada mereka yang sudah berkahwin, lg yg dah ada anak.... Ada diantara mereka yang tidak smbung pembelajaran mereka disebabkan alasan2 yang mereka berikan seketika dulu...


Kalau dpkirkan, bg yang bekerja sambil blaja ni...memang orang yg tahan mental dan fizikal, becoz mne 1 nk pkir psl kerja, psl stdy, psl kuarga, bg yg sudah berumah tangga, nk pkir psl suami, anak...oooo pning kan.....


tapi aku tabek berdiri lar kt dieorang yg smbung blaja smbil bekerja, kerana mampu membahagikan mase  dengan baik....wa caya sama lu...